Penduduk Britain mampu hidup lama

January 2, 2011
LONDON - Lebih 10 juta penduduk di Britain dijangka mampu hidup sehingga mencecah umur 100 tahun atau lebih, menurut perangkaan kerajaan negara itu.

Jabatan Pekerjaan dan Persaraan menjangkakan jumlah penduduk yang berumur melebihi 100 tahun akan meningkat secara mendadak dalam tempoh 70 tahun akan datang.

Menurut kerajaan, tiga juta daripada penduduk yang dijangka hidup sehingga 100 tahun kini berada di bawah umur 16 tahun, sementara 5.5 juta berumur antara 16 tahun dan 50 tahun.

Sebanyak 1.3 juta penduduk yang kini berumur antara 51 hingga 65 tahun turut dijangka terus hidup bagi tempoh 70 tahun lagi.

Selain itu, seramai 21,000 penduduk negara itu diramal mampu hidup sehingga berumur 110 tahun.

Pada masa kini, Britain mempunyai 11,800 penduduk yang berumur 100 tahun dan ke atas.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))