Pelajar wanita atasi lelaki

January 6, 2011
RIYADH: Bilangan wanita Saudi yang melanjutkan pengajian di universiti tempatan dan luar negara dilaporkan semakin bertambah.

Mereka mewakili 56.6 peratus jumlah pelajar yang kini belajar di universiti seluruh negara ini.

Bilangan itu dijangka meningkat dengan pembukaan kolej dan universiti di Arab Saudi melalui peruntukan 150 bilion riyal (RM122.7 bilion) dalam belanjawan negara.

“Peruntukan dalam belanjawan itu akan digunakan untuk beberapa projek besar,” ujar Timbalan Menteri di Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr Ali bin Sulaiman Al-Atiyah dalam satu kenyataan. Menurutnya, kementerian merancang untuk membina 10 kolej baru dengan kos 9 bilion riyal (RM7.3 bilion) sebagai tambahan kepada projek pendidikan yang akan dilaksanakan.

Beliau berkata, kira-kira 26 peratus daripada belanjawan negara diperuntukkan untuk pendidikan dan jelas menunjukkan hasrat pemerintah untuk melabur dalam perkembangan kemahiran insani.

“Kerajaan Saudi juga berusaha untuk memperbaiki kualiti pendidikan kaum wanita sebagai sebahagian polisi baru reformasi yang diusulkan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah,” lapor kenyataan dalam buku kecil yang menjadi sebahagian siri lima buku yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Tinggi, semalam. - Agensi

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))