Dr Mahathir ditemu bual Siti Nurhaliza

January 6, 2011

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini lebih sibuk menjalani kehidupan hariannya berbanding tugasnya semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.

Menurutnya, kebanyakan tugasnya berjumpa dengan orang ramai yang ingin mendapatkan pandangan daripadanya.

“Kini saya semakin sibuk bekerja yakni lagi sibuk daripada menjadi Perdana Menteri dahulu.

“Kesihatan juga semakin baik dan kehadiran saya dalam program bual bicara Datuk Siti Nurhaliza adalah untuk berkongsi pengalaman dengan seluruh masyarakat,” katanya semasa rakaman program bual bicara artis terkenal tanah air Datuk Siti Nurhaliza di Filem Negara Nasional semalam.

Menurutnya, temu bual tersebut adalah yang pertama dan janggal kerana sebelum ini hanya menonton Siti Nurhaliza menyanyi.

“Sebelum ini hanya melihat Siti menyanyi, tidak sangka yang dia( Siti) juga fasih menemu bual.

“Saya sendiri yang ingin berkongsi pengalaman dan pandangan dengan penonton yang menyebabkan hadir dalam program ini,” katanya.

Dalam pada itu, Siti meluahkan rasa gembira kerana Dr Mahathir sudi meluangkan masa dalam program bual bicara pertamanya.

“Dr Mahathir adalah idola Siti sejak kecil kerana suka dengan caranya menyampaikan komen dan pandangan untuk industri,” katanya.

“Sepatutnya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut diundang tetapi tidak dapat hadir atas masalah kesihatan.

Program bual bicara tersebut akan disiarkan pada episod pertama pada 12 Februari depan jam 9 malam di Astro Ria.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))