Nik Aziz minta hentikan andaian berkaitan pertemuan dengan Agong

January 5, 2011

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta semua pihak termasuk media berhenti membuat andaian berkaitan pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Istana Terengganu, Kuala Lumpur, 24 Disember yang lalu.

Menurutnya, kehadirannya dalam majlis itu sebagai menjunjung titah Seri Paduka Baginda melalui bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang hadir ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bulan lepas.

“Saya me:nghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Abdul Hadi dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di kediaman Menteri Besar di sini, semalam.

Kelmarin dalam sidang medianya, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mengakui mengadakan pertemuan dengan Najib, namun enggan mengulas butiran perbincangan kerana menjaga peraturan setiap pemimpin yang hadir dalam majlis itu.

Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata, beliau tidak akan mendedahkan butiran perbincangan tersebut kerana menghormati dan menjunjung Tuanku Zainal Abdin.

”Adalah sangat tidak beradab dan beretika bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa menghadap. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya menghadiri majlis makan malam tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, walaupun majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, namun mereka langsung tidak membincangkan soal politik apatah lagi soal kerajaan perpaduan yang digembar-gemburkan media.

Katanya, mereka hanya mengadakan perbualan biasa dan tidak mungkin dapat berbincang dengan Perdana Menteri dalam majlis yang melibatkan Tuanku.

“Tidak timbul soal ker:ajaan perpaduan, jangan ada-adakan benda yang tidak ada, tidak elok untuk kita mengheret tuanku ke dalam politik. Saya juga dijemput ke majlis makan malam itu sebelum saya berlepas ke United Kingdom,” katanya.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))