Media Britain suka Madonna

January 2, 2011

LONDON: Ratu pop Madonna dipilih sebagai selebriti paling banyak namanya disebut oleh media di Britain sepanjang satu dekad terakhir ini.

Menurut kaji selidik dilakukan Kantar Media, nama penyanyi berusia 52 tahun itu disebut media cetak di British sebanyak 46,000 kali sejak 2000.


Madonna memperoleh 15,000 sebutan nama lebih banyak berbanding Simon Cowell yang menduduki tangga kedua dalam senarai kaji selidik itu.

“Angka ini menunjukkan mengapa Madonna mendapat gelaran sebagai bintang legenda,” kata penyelidik Kantar Media, Brian Merron.

Dalam kaji selidik itu, penyanyi Robbie Williams disenaraikan di tempat ketiga disusuli Kate Moss dan Britney Spears yang menduduki senarai keempat serta kelima.

Selebriti lain yang menduduki senarai 10 paling banyak disebutkan nama dalam media termasuklah Victoria Beckham yang menewaskan suaminya David dengan 880 sebutan nama. Beckham dilaporkan disebut sebanyak 50,000 kali.


Sementara itu, Michael Jackson menduduki tangga kelapan, Paul McCartney pula berada di kedudukan kesembilan dan Kylie Minogue mengakhiri senarai yang dikeluarkan clickliverpool.com. itu. - Agensi

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))