Heliza ke Surabaya bersama peminat

January 2, 2011

SEBELUM 2010 melabuhkan tirainya, Heliza Helmi sempat meninggalkan kenangan manis bersama peminatnya, bercuti ke Surabaya dari 2 hingga 5 Disember. Percutian ini dianjurkan oleh pihak Al Mukminin Travel and Tours Sdn Bhd.

Menurut Heliza, dia bersama 25 peminat bertuah berangkat ke Surabaya pada 2 Disember setelah berada di KLIA selama tiga jam. Sebaik tiba, ahli rombongan terus di bawa ke Gresik melawat Makam Syeikh Maulana Malik Ibrahim, Sunan Giri dan kemudian menuju ke Lamongan untuk melawat makam Sunan Drajat.

Keesokan harinya mereka di bawa ke Gunung Penanjakan melihat pemandangan matahari terbit. Kemudian mereka ke Gunung Bromo melihat kawah gunung berapi. Selain itu mereka turut di bawa ke Taman Safari Indonesia dan Ladang Epal.

Tambah Heliza, semua ahli rombongan melalui pengalaman manis kerana pertama kali menjejakkan kaki ke sana.

“Pengalaman yang paling seronok tentulah membeli belah kerana barang di sana murah,” katanya.

Pengalaman yang Heliza tidak dapat lupakan adalah sewaktu melawat ke Masjid Muhammad Cheng Hoo Indonesia.

“Kebetulan pada waktu itu satu majlis akad nikah sedang dijalankan di sana. Pertama kali rasanya saya melihat majlis akad nikah yang dilakukan oleh orang Indonesia.

"Ketika di dalam masjid, rasa sayu pun ada juga apabila ahli keluarga mula menitiskan air mata kegembiraan apabila selesai majlis akad nikah itu.

“Kami juga sempat berkunjung ke ladang epal (kusuma agrowisata), di sana kami memetik buah-buahan seperti jambu, strawberi dan terus makan; segar dari kebun,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Heliza selepas ini, sekitar Januari dia akan ke Jakarta dan Bandung bersama peminatnya. Percutian ini juga dianjurkan sekali oleh pihak Al Mukminin Travel and Tours Sdn Bhd.

“Saya berharap kali ini akan lebih ramai lagi yang menyertai saya ke Jakarta dan Bandung. Selain bercuti, ia adalah satu cara saya meluangkan masa bersama peminat tersayang,” akhiri Heliza.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))