Banjir, tujuh buah sekolah di Kelantan ditutup

January 2, 2011
KOTA BHARU 2 Jan. - Sebanyak tujuh buah sekolah iaitu enam sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di negeri ini ditutup akibat banjir.

Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Rantau Panjang (1), SK Rantau Panjang, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kay Boon, dan SK Lubok Stol di Rantau Panjang.

Beliau berkata, dua buah sekolah di daerah Tumpat iaitu SK Bendang Pak Yong dan SK Simpangan turut ditutup selepas dinaiki air.

"Semua sekolah ini ditutup kerana air masih banyak, bila dibuka semula kita tengok perkembangan esok. Setakat ini, keadaan paras air di Rantau Panjang dilaporkan semakin surut, tetapi di Tumpat paras air semakin naik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. - Utusan

Kredit : http://www.utusan.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))