Anelka laungkan amaran

January 1, 2011

LONDON - Nicolas Anelka memberi amaran kepada Chelsea supaya menggunakan peluang keemasan dalam perebutan gelaran Liga Perdana England kali ini dengan sebaik mungkin.

Bekas penyerang Perancis itu mengeluarkan kenyataan tersebut menjelang pertemuan menentang Aston Villa di Stamford Bridge malam esok.

Juara bertahan itu telah menamatkan badi lapan perlawanan tanpa kemenangan dengan mengalahkan Bolton 1-0 pada Khamis lalu dan kembali mengatasi Tottenham di tangga keempat.

Begitupun pengurus skuad The Blues, Carlo Ancelotti mengakui pasukannya perlu meningkat- kan lagi keyakinan mereka sekiranya mahu mempertahankan kejuaraan mereka pada tahun baru ini.

Penjaring terbanyak Chelsea, Anelka percaya kunci kepada kejayaan mereka kini terletak kepada pertemuan sesama sendiri di antara empat kelab teratas iaitu The Blues, Manchester United, Manchester City, Arsenal dan Tottenham.

Dia berkata: "Ia bukan kejutan bagi saya tentang apa yang terjadi pada musim ini. Kami memulakan saingan dengan baik dan kami berdepan kesukaran sejak kebelakangan ini, namun masih ada banyak lagi perlawanan dan ia akan menjadi musim yang penuh mencabar.

"Itulah situasi liga ini sekarang. Apabila kamu ada banyak pasukan hebat, kamu akan berdepan lebih banyak perlawanan penting, jadi ia akan menjadi satu persaingan yang sengit sepanjang musim ini.

"Jika kamu kehilangan mata dalam satu hari, ia tidak bermakna kamu akan terus ketinggalan di belakang kerana setiap minggu segalanya boleh berlaku.

"Kami telah kehilangan mata tetapi kadangkala itulah yang berlaku dalam bola sepak, tidak semuanya indah. Mental kamu kena kuat jika mahu mengharungi cabaran ini.

"Hidup juga bukan selalunya mudah, kamu harus tabah menghadapinya dan kemudian lihat apa keputusannya. Ia tidak akan menjejaskan gaya permainan kami kerana kami sentiasa dahagakan kemenangan." - Agensi

Kredit : http://www.kosmo.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))