38 wanita jual seks siber ditahan

January 13, 2011
MANILA: Tiga puluh lapan orang kebanyakannya wanita ditahan dalam serbuan sebuah kafe internet di tengah Luzon disyaki menjual seks siber kepada pelanggan di Amerika Syarikat dan Eropah, kata akhbar tempatan.

“Polis merampas 62 set desktop komputer, penyambung, modem, antena satelit, pencetak, telefon dan peralatan lain digunakan Midway 635 di tingkat tiga bangunan komersial di Dinalupihan, Bataan,” kata Ketua Inspektor Rogart Campo, ketua Siasatan Jenayah dan Kumpulan Pengesanan di Bataan kepada akhbar Inquirer.

Turut ditahan dua pengurus dan dua penyelia syif selain 34 ‘ejen jualan.’ Pemilik syarikat itu masih bebas, kata Campo.

Majoriti yang ditahan adalah wanita yang bergambar bogel dan melakonkan di depan kamera web. Juga ditahan lelaki menyamar wanita ketika berbual dengan pelanggan secara online, kata Datuk Bandar Joel Payumo kepada Inquirer. – Agensi

Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))