Fenomena Tsu-Fahmi!

December 31, 2010

PENJAGA gol negara Khairul Fahmi Che Mat kini boleh dianggap sebagai "Hero Malaya" abad ke-21 kerana persembahan cemerlangnya di depan gawang.

Beliau bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter dan menjadi topik paling popular di di Indonesia.

Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 146,498 'Like' daripada peminat ketika berita ini ditulis. Bahkan kurang 10 minit, Fahmi mendapat lebih 2,000 'Like' daripada peminatnya di laman sosial itu.

Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.

Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat hit 17,000 “Like” dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa perlawanan.

Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta ‘tweeters’, ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat Malaysia mempunyai ‘friends’ Facebook paling ramai dengan purata 230 setiap pengguna.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))