Cabaran besar buat Leonardo

December 27, 2010

Liga Juara-Juara jadi tanda aras pencapaian

ROME: Jurulatih baru Inter Milan, Leonardo (gambar) bakal menggalas tanggungjawab besar ketika juara Serie A itu mahu mengejar beberapa lagi koleksi kejuaraan, musim ini.
Ini termasuk memastikan anak didiknya berjaya dalam saingan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah pada 23 Februari dan 15 Mac tahun depan apabila menentang Bayern Munich.
Perlawanan jaguh Itali menentang gergasi Jerman itu bagaikan ulangan kepada final tahun lalu.

Inter yang juga juara bertahan liga ketika ini menduduki tempat ketujuh Serie A – 13 mata di belakang pencabar dan musuh utama, AC Milan walaupun mempunyai dua perlawanan dalam tangan.

“Semua orang di Inter mengucapkan selamat datang kepada Leonardo. Dia akan memulakan tugas pada 29 Disember apabila latihan bermula,” kata kenyataan kelab berkenaan, kelmarin.

Leonardo dilantik sebagai pengendali baru Inter, mengambil alih jawatan itu daripada Rafael Benitez yang dipecat.
Dia menandatangani perjanjian dengan Inter hingga 30 Jun 2012. – AFP

Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))