BANGKIT daripada perpecahan yang dialaminya, band popular Paramore mengumumkan bakal muncul dengan album terbaru mereka.
Adik-beradik Farro, Josh dan Zac Farro yang menubuhkan Paramore bersama Hayley Williams (vokalis), Taylor York (gitaris) dan Jeremy Davis (pemain bass) pada tahun 2004 telah meninggalkan band tersebut Disember lepas.
Kali terakhir Josh dan Zac membuat persembahan bersama Hayley, Taylor dan Jeremy adalah pada konsert Paramore di Orlando, Florida tanggal 12 Disember, 2010.
Josh baru-baru ini membuat kenyataan tentang tindakan dirinya dan Zac menarik diri daripada menganggotai Paramore dengan mendakwa ia berpunca daripada perselisihan faham mereka berdua dengan Hayley.
Josh mendakwa ketika merakam album terakhir mereka bersama, Brand New Eyes pada tahun 2009, dia dan Zac telah bertelagah pendapat dengan Hayley.
"Kami bertekak tentang lirik salah sebuah lagu dalam album tersebut yang dihasilkannya. Ini kerana ia sama sekali bertentangan dengan prinsip yang didokong oleh Paramore selama ini, tetapi akhirnya dia yang berjaya meneruskan agendanya itu," ujarnya.
Dalam pada itu, Hayley menerusi Twitter telah mengesahkan Paramore kini dalam rangka menyiapkan album terbaru dengan menulis: "Saya amat positif tentang masa depan Paramore."
Kredit : http://www.kosmo.com.my/
0 comments:
Post a Comment