Mayat bayi baru lahir ditemui terapung di laut

January 9, 2011
SANDAKAN, 9 Jan. - Mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemui terapung di laut berhampiran Kampung Sing Kee di Tanah Merah, dekat sini, semalam.

Mayat bayi itu ditemui kira-kira 10 pagi oleh sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di tepi pantai di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marung berkata, anggota polis yang dihantar ke lokasi kejadian kemudian menghantar mayat bayi berkenaan ke Hospital Duchess of Kent di sini untuk dibedah siasat.

Beliau meminta orang ramai khususnya penduduk di sekitar kawasan itu yang mempunyai maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu supaya menghubungi polis dalam membantu siasatan. - Bernama

Kredit : http://www.utusan.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))