KAFA hulur sumbangan bantu Sairozi

January 7, 2011

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menghulurkan sumbangan kepada bekas penyerang pasukan negeri itu, Sairozi Daud, 32, semalam yang kini dirawat di Hospital Pakar Perdana, di sini, kerana barah tengkuk.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sumbangan itu bagi meringankan beban yang dihadapi oleh Sairozi dan keluarganya.

"Sumbangan KAFA ini juga sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau yang pernah menabur bakti bersama Kelantan. Saya berharap kesihatan beliau akan bertambah baik dan menjalani kehidupan seperti biasa," ujarnya ketika menyampaikan sumbangan tersebut semalam.

Hadir sama, Pengurus Pasukan Liga Super Kelantan, Azman Ibrahim.

Bekas penyerang Johor FC dan Kelantan itu, dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu dekat sini kelmarin selepas tahap kesihatannya merosot sejak beberapa hari lalu.

Bapa Sairozi, Daud Yaakob mengucapkan terima kasih di atas sumbangan tersebut.

Menurutnya, sumbangan itu akan digunakan untuk menampung kos rawatan anaknya itu.

"Sejak dimasukan ke hospital dua lari lalu, keadaanya bertambah baik dan menunjukkan sedikit perubahan.

"Jika sebelum beliau kurang berselera, hari ini beliau mula menjamah makanan," ujarnya.

Kredit : http://www.utusan.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))