Anggota Boney M meninggal

January 1, 2011
MOSCOW 31 Dis. - Anggota kumpulan Boney M yang terkenal dengan irama disko sekitar 1970-an, Bobby Farrell ditemui mati di dalam bilik hotelnya di St. Petersburg semalam, sehari selepas kumpulan itu mengadakan sebuah persembahan di sini.


"Dia mengadakan persembahan malam semalam dan kemudiannya ditemui mati pada pagi ini di dalam bilik hotelnya.

"Dia tidak berapa sihat pada malam semalam dan mengalami masalah pernafasan, bagaimanapun dia tetap mengadakan persembahan," kata wakil Farrell, 61, John Seine kepada Reuters.

Punca kematiannya masih belum diketahui, kata wakil jawatankuasa siasatan cawangan St. Petersburg, Rusia.

Farrel terkenal dengan nyanyian latar dan tariannya untuk kumpulan irama disko yang popular di Eropah, Amerika Syarikat dan bekas negara Kesatuan Soviet dengan lagu-lagu seperti Ma Baker, Rivers of Babylon dan Rasputin.

Boney M turut dianggotai penyanyi dan penulis lirik dari Jerman, Frank Farian yang juga berperanan selaku penyanyi utama bagi kumpulan itu yang mendominasi tangga pertama carta pada lewat 1970-an dengan lagu-lagu disko popularnya. - REUTERS

Kredit : http://www.utusan.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))