Ancelotti mahu terus kekal bimbing Chelsea

January 8, 2011

LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti menegaskan, beliau masih mendapat sokongan daripada barisan pemain The Blues.

Ancelotti juga yakin beliau masih mampu mengubah nasib juara Liga Perdana England itu biarpun masa depannya di Stamford Bridge dilihat semakin goyah.

Ketika ini, peluang Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan liga tampak tipis apabila mereka ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Manchester United yang turut memiliki kelebihan satu perla- wanan.

Namun Ancelotti berkata: "Saya harap saya mampu meneruskannya (tugas sebagai pengurus) kerana saya mahu kekal di sini.

"Saya juga ada hubungan yang baik dengan pihak pengurusan kelab ini. Saya tidak lihat ada banyak masalah dalam skuad ini.

"Mereka semua bekerja keras dengan semangat yang bagus tetapi saya rasa ia masih belum mencukupi.

"Kami perlu lebih fokus ke atas perkara- perkara kecil," jelas beliau.

Ancelotti juga berkata, beliau tidak tahu bilakah pertemuan terdekatnya dengan pemilik Chelsea, Roman Abramovich.

Bagaimanapun, beliau sedar Chelsea perlu mencatat kemenangan ke atas Ipswich dalam kempen Piala FA esok jika mahu me- nyelamatkan kariernya bersama The Blues.

"Saya tidak mempunyai temu janji dengan Roman. Buat masa ini, kami sedang melihat pada perpindahan pemain dan ada beberapa pilihan.

"Ada banyak sebab untuk menerangkan kedudukan kami sekarang. Saya boleh beritahu tetapi ia memerlukan masa yang panjang untuk diterangkan," jelas Ancelotti.

Untuk rekod, bekas jurulatih AC Milan itu menghadiahkan gelaran berganda kepada Chelsea musim lalu.

Kini beliau masih berpeluang dalam tiga kempen termasuk Liga Juara-Juara apabila Chelsea akan berdepan Copenhagen pada pusingan kalah mati bulan depan. - Agensi

Kredit : http://www.kosmo.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))