Besi dalam paha tersembul keluar

January 11, 2011
KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal hanya mampu meraung kesakitan di tepi jalan apabila batang besi yang sebelum ini ditanam di dalam paha kirinya akibat kemalangan terdahulu tersembul keluar sejurus mangsa dirempuh sebuah kereta.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang semalam, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dirempuh sebuah kereta ketika menunggang motosikal berhampiran Kilometer 31.2 Jalan Duta susur arah Jalan Kuching, di sini.

Sumber Polis Trafik Kuala Lumpur berkata, mangsa, Khairul Nizam Abdul Zalim, 40-an, pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya tahun lalu menyebabkan doktor terpaksa menjalankan pembedahan dan memasukkan besi ke dalam paha kirinya.

Menurutnya, mangsa yang belum sembuh sepenuhnya sekali lagi menjadi mangsa apabila dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja.

“Berdasarkan siasatan, mangsa dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang tiba-tiba memasuki laluan hadapannya dipercayai hilang kawalan akibat tayar belakangnya pecah.

“Akibatnya motosikal mangsa tidak dapat mengelak lalu merempuh sisi belakang kereta itu menyebabkan mangsa tercampak jatuh ke atas jalan raya. Mangsa kemudian nyaris digilis beberapa kenderaan lain yang cuba mengelaknya,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa meraung kesakitan di bahu jalan selama hampir 20 minit sebelum diberi rawatan kecemasan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang dihubungi orang awam.

“Mangsa yang berlumuran darah kemudian dihantar dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bagaimanapun mangsa mendakwa terkejut apabila mendapati telefon bimbitnya dilarikan individu tidak dikenali ketika dia sedang diberikan rawatan di tempat kejadian,” katanya.

kREDIT : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))