'Ia kemenangan pasukan, bukan untuk saya kejar anugerah Kasut Emas'
MALAM tadi, dia meledak dua gol lagi - mengulangi angka sama ketika menewaskan Vietnam dalam separuh akhir di gelanggang sama - Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Namun, Safee Sali tetap merendahkan diri selepas mengumpul empat jaringan penting untuk skuad negara, sebaliknya membicarakan kejayaan menewaskan Indonesia, malam tadi adalah kerana kerjasama dan semangat sepasukan.
“Ini adalah kemenangan pasukan dan bukannya untuk saya mengejar anugerah Kasut Emas. Tanpa bantuan rakan sepasukan sudah pasti saya takkan mampu menjaringkan gol,” katanya selepas membantu pasukan negara menang selesa 3-0.
Safee, 26, yang berasal dari Kajang, Selangor itu menjaringkan dua gol pada perlawanan menentang Vietnam - sekali gus membantu negara buat pertama kalinya layak ke pusingan final selepas 14 tahun dan malam tadi dia menjaringkan gol pertama dan ketiga bagi memberi kelebihan agregat 3-0 untuk bekalan ke Jakarta bagi perlawanan timbal balik kedua, Rabu ini.
Dia juga bersedia beraksi pada mana-mana kelab luar negara yang berminat menggunakan khidmatnya.
“Saya harap dengan prestasi saya pada kejohanan ini akan membuka mata mana-mana kelab luar negara,” katanya yang kini mewakili pasukan Selangor.
Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:
Post a Comment