Chelsea 'tidur', tak fokus: Ancelotti

December 29, 2010
LONDON: Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti menggesa anak buahnya segera bangkit selepas kemarau berpanjangan untuk menghasilkan kemenangan pada saingan Liga Perdana Inggeris selama hampir tujuh minggu dengan terbaru tewas 1-3 kepada Arsenal, kelmarin.


Chelsea gagal melakar kemenangan dalam enam perlawanan liga sebelum ini dengan kali terakhir berjaya memungut tiga mata penuh ialah ketika menewaskan Fulham pada 10 November lalu.

Kini, mereka menduduki tempat keempat liga, hanya kelebihan satu mata berbanding Tottenham yang menduduki tempat kelima.

Ancelotti berkata, pasukannya sudah menjalani sesi latihan rapi semasa berehat selama dua minggu kerana cuaca buruk.

“Ia masih tidak mencukupi,” kata pengendali dari Itali itu.

“Kami tidak bermain dengan baik pada perlawanan ini, tidak memberikan fokus 100 peratus dan kini umpama pasukan yang sedang dibuai mimpi. Inilah realiti yang berlaku dalam pasukan sekarang. Jika anda bermain menentang pasukan hebat seperti Arsenal, anda tidak boleh lagi beraksi umpama orang yang sedang tidur.

Ancelotti enggan mengambil kisah ketika ditanya kemungkinan pemilik kelab, Roman Abramovich akan hilang sabar sekali gus memecatnya kelak.

“Saya tidak tahu. Sudah pasti beliau tidak gembira ketika ini. Saya perlu bertanggungjawab. Ini bukanlah soalan yang sepatutnya diajukan pada saya,” katanya.

Ketika Abramovich sudah mempunyai rekod bertindak tegas ke atas pengurus terdahulu, beliau mungkin akan mengambil keputusan sama berdasarkan prestasi pasukan pada saingan Liga Juara-Juara.

Ia adalah trofi yang masih belum diraih oleh Chelsea sejak beliau mengambil alih kelab berkenaan.

Ketika Jose Mourinho berjaya membimbing pasukan menjuarai liga sebanyak dua kali, pasukannya ketika itu tidak mampu melangkah sehingga ke separuh akhir pada saingan Liga Juara-Juara. - AP

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))