'Budak jahat' Cassano sertai latihan Milan

December 29, 2010
MILAN: Penyerang Itali penuh kontroversi, Antonio Cassano (gambar) menyertai rakan seangkatan AC Milan di kem latihan musim sejuk, di Dubai, kelmarin.


Penukaran pemain kelab Sampdoria itu ke AC Milan dijangka selesai 2 Januari depan.

Bukan saja tersenyum, malah Cassano sudah menyarungkan jersi latihan pasukan barunya itu ketika dihantar oleh penyokong di lapangan terbang Milan sebelum pasukan itu diterbangkan dengan jet ke negara Timur Tengah berkenaan.

Kontraknya belum lagi bermula selagi penukaran dibuka secara rasmi 2 Januari nanti, tetapi perjanjian sudah dibuat bagi membolehkan dia turut serta bersama pasukan barunya menjalani latihan di Dubai.

“Kami meletakkan harapan yang tinggi kepadanya, dia adalah bonus buat pasukan,” kata pemain pertahanan AC Milan, Massimo Oddo.

“Diharap semuanya berjalan lancar. Milan menawarkan persekitaran yang baik dan memberi anda apa saja cuma kita perlu mempamerkan tanda hormat kepada mereka sebagai balasan. Kami akan memerhatikan Cassano,” katanya lagi.

Cassano, 28, menyertai Sampdoria dari Real Madrid pada 2007. Namun, dia digantung dari beraksi selepas menghina presiden Riccardo Garrone dalam satu pertelingkahan, Oktober lalu.

Sampdoria menamatkan kontrak Cassano tanpa sebarang surat hitam putih kerana perselisihan itu.

Badan pengantara liga Itali mengeluarkan arahan bahawa pendapatan Cassano perlu dipotong 50 peratus tetapi kontraknya tidak boleh dibatalkan. - AFP

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))