Afellay sudah sedia

December 27, 2010


BARCELONA: Pemain tengah, Ibrahim Afellay berkata dia sudah bersedia bersaing merebut tempat dalam skuad Barcelona FC selepas melengkapkan perpindahan dari PSV Eindhoven, Jumaat lalu.

Bercakap kepada media di Sepanyol, pemain antarabangsa Belanda berusia 24 tahun itu menyifatkan menyertai pendahulu Liga Sepanyol itu seperti mimpi, dan menambah “sejak dari kecil, saya sudah mengimpikan bermain bersama Barca.”

Pengarah sukan Barcelona, Andoni Zubizarreta berkata, Afellay menandatangani kontrak empat tahun setengah dan PSV dibayar 3 juta euro (RM12 juta) untuk pemain itu.

Perancang itu menjadi antara pemain Belanda yang pernah menyertai Barcelona, bermula dengan Johan Cruyff, dan termasuk Johan Neeskens, Ronald Koeman, Patrick Kluivert dan bekas jurulatih Frank Rijkaard.

“Pemain dari Belanda selalu dialu-alukan di sini,” kata Afellay. “Pemain seperti Cruyff atau Kluivert dikenali di sini dan mereka memberitahu saya kelab ini adalah yang terbaik di dunia.”

Afellay juga menyedari dia bakal berdepan kesukaran untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama. – AP

Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))