Sinar Harian lakar sejarah

January 20, 2011

SHAH ALAM - Akhbar Sinar Harian melakar sejarah dengan menganjurkan Pameran Kebudayaan dan Kesenian Islam agar masyarakat dapat menghayati dan mendalami perkara yang berkaitan dengan Islam.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Muhd Nasir Hamzah berkata, ini merupakan kali pertama diadakan dan diharap ia memberikan impak yang besar kepada masyarakat setempat termasuk pengunjung yang hadir menyaksikan pameran itu.

Menurutnya, dengan adanya pameran sebegini diyakini ia dapat melahirkan insan yang berbakat dalam kesenian dan kebudayaan Islam kerana kita mahukan di negara ini ramai insan sedemikian.

“Negara kita juga kekurangan mereka yang berbakat dalam bidang tersebut, maka dengan adanya pameran sedemikian dapat menanamkan minat golongan muda menceburi bidang kesenian dan tamadun Islam yang mana ia mempunyai keunikan tersendiri.

“Kelahiran penulis khat, al-Quran, pelukis dalam kalangan generasi sekarang ini amat dinantikan sebagai pewarisan warisan bangsa dan negara yang tiada nilainya,” katanya.

Beliau berkata demikian di majlis Pameran Kebudayaan dan Kesenian Islam Masyarakat Asia tengah yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Al-Quran terpanjang di dunia adalah antara tarikan utama yang dipamerkan dan ia ditulis tangan oleh Yousufu Xu Jun dari China malah mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.

Pameran yang berlangsung dari 17 hingga 30 Januari dibuka jam 11 pagi hingga 9 malam yang mana lebih 50 hasil seni dipamerkan.

Muhd Nasir berkata, negara kita mempunyai pelbagai seni yang boleh diketengahkan antaranya khat, keris dan seni perak yang harus dibawa ke hadapan.

Katanya lagi, pameran itu juga memberi peluang kepada pengunjung menghayati serta menguasai seni penulisan al-Quran atau seni khat dengan baik.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))