SAO PAULO: Ronaldinho menyertai kelab popular Brazil, Flamengo, sehingga Piala Dunia 2014.
Laman web Flamengo mengumumkan persetujuan itu selepas butiran perpindahan pemain itu dari AC Milan diperincikan di Rio de Janeiro.
Persetujuan itu menamatkan rundingan selama beberapa hari dan memastikan Ronaldinho kembali ke tanah airnya selepas 10 tahun menyertai bola sepak Eropah dengan Paris Saint-Germain dan Barcelona.
Flamengo berjaya mendapatkan khidmat pemain berusia 30 tahun itu selepas kelab Brazil, Gremio dan Palmeiras, menamatkan usaha untuk mendapatkan pemenang anugerah pemain terbaik FIFA sebanyak dua kali itu. - AP
Kredit : http://www.bharian.com.my/
0 comments:
Post a Comment