Remaja dakwa dirogol datuk, bapa saudara

January 9, 2011
KUCHING: Seorang lelaki warga emas ditahan kerana disyaki merogol cucunya sendiri berusia 16 tahun di Kampung Sungai Bedil, di sini.

Turut ditahan bersama lelaki berusia 57 tahun itu ialah anaknya berusia 34 tahun yang disyaki turut merogol mangsa yang tinggal bersama mereka secara bergilir-gilir sehingga menyebabkan gadis berkenaan hamil.

Kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 6 petang kelmarin selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Lebih mengejutkan, bukan saja gadis berusia 16 tahun itu dikatakan dirogol datuk dan bapa saudaranya sendiri, malah dua lagi adiknya mendakwa turut menjadi mangsa nafsu buas dua beranak itu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong, mengesahkan menerima laporan kejadian.

Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))