Rakyat belanja RM6,000 dalam talian

January 6, 2011
RAKYAT Malaysia membelanjakan secara purata lebih RM6,000 dalam talian sejak 12 bulan lalu, demikian menurut Pemantauan Pengguna e-Dagang Visa 2010 mengenai tabiat membeli-belah dalam talian dan motivasi.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, kelmarin, Visa berkata, kaji selidik itu menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia membeli tiket penerbangan dan penginapan pengembaraan secara dalam talian.

“Menurut kaji selidik itu, 82 peratus daripada responden Malaysia berkata mereka membeli tiket penerbangan di Internet sejak 12 bulan lalu, sementara 72 peratus dilaporkan membeli penginapan pengembaraan dalam talian,” katanya.

Pengurus negara Visa Malaysia, Stuart Tomlinson berkata, trend menempah tiket kapal terbang dan membeli perkhidmatan kewangan atau peranti elektrik juga semakin meningkat.

“Malah, ramai pembeli Malaysia yang membeli secara dalam talian berasa ia lebih selesa membeli-belah di Internet berbanding pergi ke kedai sebenar kerana mereka boleh membandingkan harga dengan mudah dan membeli pada masa yang sesuai,” kata beliau.

Penemuan itu adalah berdasarkan kepada 3,516 temubual dalam talian dengan pengguna tetap Internet yang berusia 18 tahun dan ke atas di enam pasaran e-dagang yang pesat berkembang termasuk China, India, Indonesia, Malaysia, Taiwan dan Thailand.

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))