IPOH: Seorang lelaki tergamak meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke Sungai Kinta semata-mata mahu melarikan diri daripada sekatan polis di Jalan Sultan Idris Shah, di sini sempena Ops Ambang Tahun Baru dan Ops Mabuk, awal pagi semalam.
Tindakan lelaki dipercayai berusia lingkungan 20-an itu menyebabkan teman wanitanya yang berusia sebaya terpaksa disoalsiasat polis.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab, berkata kejadian itu antara senario dihadapi pihaknya sepanjang operasi bersepadu yang dibuat dengan kerjasama polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), bermula jam 6 petang berakhir 5.30 pagi.
"Selain terjun ke sungai, ada beberapa pengguna jalan raya kebanyakannya penunggang motosikal sanggup menentang aliran trafik, tercekik topi keledar disebabkan panik dan bergelut dengan anggota polis semata-mata untuk melepaskan diri daripada kepungan atau sekatan polis.
"Malah, empat penunggang dan pembonceng termasuk satu pasangan berusia lingkungan 20-an turut ditahan kerana cuba melarikan diri daripada sekatan," katanya kepada pemberita selepas tamatnya operasi itu.
Mohd Rodzi berkata, operasi dijalankan secara berperingkat di beberapa lokasi di bandaraya ini termasuk Jalan Raja Dr Nazrin Shah dan Jalan Raja Musa Aziz.
"Operasi membabitkan kekuatan seramai tiga pegawai dan 45 anggota serta 36 anggota dari Unit Peronda Polis (MPV). Selain itu, turut membantu 10 pegawai dan anggota JPJ serta 30 anggota RELA.
"Sepanjang operasi 13 jam itu, sebanyak 229 saman dikeluarkan termasuk 257 saman trafik (POL 257) manakala sejumlah 269 kesalahan direkodkan termasuk 36 kes membabitkan tidak memiliki lesen, 37 kes tidak mempamerkan L atau P dan 22 kes tidak memiliki cermin sisi.
"Turut direkodkan, 34 kes membabitkan kesalahan mengubah suai plet kenderaan, 16 kesalahan tidak memperbaharui cukai jalan, 12 kes lesen tamat tempoh dan lima kes mengubah suai ekzos," katanya.
Beliau berkata, Operasi Mabuk yang dijalankan bermula jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi pula berjaya menahan 10 individu terdiri sembilan lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an hingga 40-an.
"Mereka ditahan di beberapa lokasi sekatan jalan dan ujian alkohol dijalankan mendapati mereka memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya.
Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:
Post a Comment