Lelaki hampir putus tangan ditetak

January 3, 2011

GEORGETOWN - Seorang lelaki cedera parah apabila diserang sekumpulan lelaki dengan menggunakan senjata tajam dipercayai parang di hadapan sebuah hotel di Persiaran Gurney, awal pagi kelmarin.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 29 tahun dari Air Itam mengalami cedera parah di kaki, badan, muka dan tangan kanannya.

“Polis menerima maklumat daripada orang awam dan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan lemah dan berlumuran darah dipercayai ditetak. Lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan dua kumpulan lelaki dan mangsa terkena tetakan serta mengalami cedera parah,” katanya.

Menurutnya, polis turut menemui sebuah kereta pacuan empat roda dipercayai milik seorang suspek di bawah flat di Lebuh Macallum.

“Siasatan dilakukan membawa polis menemui sebuah kereta pacuan empat roda dipercayai milik seorang suspek dan terdapat kesan darah. Polis turut menemui dua bilah parang di tempat kejadian dan diserahkan kepada pasukan forensik untuk tindakan lanjut.

Suspek sudah dikenalpasti namun belum ada sebarang tangkapan dilakukan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 dan 326 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))