Guru dibuli secara siber

January 13, 2011
NEW YORK: Semakin ramai ibu bapa menggunakan laman rangkaian sosial untuk membuli dan mengkritik guru serta murid, lapor satu penyelidikan.

Berikutan semakin ramai guru membuat aduan mengenai penderaan dalam talian, Persatuan Guru Besar Kebangsaan (NAHT) berkata, setiap anggota perlu bersedia untuk mengambil tindakan jika ibu bapa membuat komen berunsur fitnah di laman web.


Menurut NAHT, pihaknya menerima beratus-ratus panggilan setiap minggu daripada guru yang dibuli secara siber dan majoriti aduan mengenai ibu bapa menggunakan laman web untuk mengkritik guru dan pengetua. Pada 2009, kajian yang dilakukan Persatuan Guru dan Pensyarah (ATL) dan Rangkaian Sokongan Guru menyarankan 15 peratus guru mengalami pengalaman dibuli secara siber dan dipercayai angka itu menunjukkan peningkatan.

Setiausaha Agung NAHT, Russell Hobby berkata, ibu bapa berhak untuk menyuarakan pandangan dan komen mereka perlu didengar. Sekolah hanya akan meningkat maju melalui maklum balas membina. - Agensi

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))