LONDON - Bekas pengurus Liverpool, Kevin Keegan membuat kejutan apabila memberitahu bahawa satu-satunya jalan buat Steven Gerrard untuk memenuhi impiannya memenangi kejuaraan utama ialah dengan meninggalkan Liverpool.
Gerrard yang hampir menyertai Chelsea ketika di bawah era pengurus Rafael Benitez, telah memenangi banyak kejuaraan di peringkat kelab, kecuali gelaran juara Liga Perdana England setakat ini.
Paling hampir dia berjaya melakukannya ialah ketika The Reds menamatkan saingan sebagai naib juara dua tahun lalu.
Begitu pun Liverpool masih belum memenangi gelaran liga tersebut sejak 1990 dan Keegan mengakui bahawa satu-satunya peluang Gerrard untuk melakukannya ialah dengan menyertai kelab yang lebih besar.
"Gerrard seorang pemain yang luar biasa dan dia akan sentiasa berfikir siapakah lagi (pemain baru) yang akan membantunya memenangi kejuaraan di Liverpool?," kata Keegan.
"Ini kerana dia tidak pernah memenangi banyak kejuaraan di kelab ini.
"Dia telah berusia 30 tahun sekarang. Hanya ada dua pilihan yang tinggal iaitu kekal bersama Liverpool dan cuba memenanginya di sini atau berpindah ke kelab lain sebagai usaha terakhir.
"Dia tidak akan memenangi sebarang trofi di sini. Andainya dia masih mampu bermain sehingga usia 34 tahun, peluangnya untuk menang kejuaraan amat tipis dengan Liverpool.
"Walaupun Liverpool melakukan perubahan besar-besaran seperti Manchester City lakukan, masih tiada petunjuk bahawa mereka akan memenanginya dalam masa dua tahun lagi. - Agensi
Kredit : http://www.kosmo.com.my/
0 comments:
Post a Comment