Dikafan hidup-hidup

January 5, 2011

Dimandikan di atas pengusung jenazah, dimasukkan ke dalam peti mayat dan dikafankan. Itulah pengalaman yang dilalui Sabrina Ali demi menjayakan wataknya.

Sabrina membawa watak sebagai Anna, yang menagih kasih lelaki yang bukan lagi miliknya, watak yang nyata memberikan impak yang besar kepada keseluruhan filem ini. Namun Sabrina mengakui hampir hilang kawalan diri tatkala melakonkan watak itu.

Jelas Sabrina, Khurafat merupakan filem pertama lakonannya dan sebagai pelakon dia memang benar-benar mengharapkan diberikan watak berbeza apabila membintangi filem dan tidak mahu sama dengan apa yang pernah dilakukan dalam drama.

“Saya akui hilang diri sewaktu menjalani penggambaran babak itu dalam 80 peratus dalam filem ini. Tidak tahu kenapa. Mungkin kerana terlalu terbawa-bawa dengan watak Ana yang mengalami tekanan sampaikan apabila jurusolek saya menegur tapak tangan saya luka selepas bermain dengan pisau, baru saya sedar apa yang berlaku,” akuinya yang ditemui selepas pra tonton Khurafat.

Tambah Sabrina, walaupun ‘seronok’ kerana berpeluang melalui saat yang tidak mungkin dilalui oleh orang yang masih hidup, dia tetap merasa gentar dan takut kerana melaluinya dalam keadaan ‘kurang bersih’.

“Banyak perkara yang menakutkan saya sewaktu penggambaran Khurafat. Bayangkan sekitar jam 2 pagi, saya terpaksa melakonkan babak jenazah dimandikan di atas pengusung mayat.

“Malah wanita yang memandikan saya juga adalah pekerja yang biasa bertugas memandikan jenazah di hospital. Tapi waktu itu saya minta jangan gunakan kapur barus kerana kasihankan anak saya nanti. Memang takut tapi inilah yang saya cari dalam lakonan, suatu kelainan.

“Babak saya terpaksa baring di dalam peti mayat juga sekitar jam 2 atau 3 pagi dan saya memang tak dapat nak dilupakan kerana waktu itu saya tidak bersih kerana datang bulan. Saya akui memang rasa tak sedap badan. Namun atas komitmen kerja, saya buat juga." katanya.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))