Chong Wei ditinggalkan pakar psikologinya

January 6, 2011

JOHOR BAHARU 6 Jan. — Datuk Lee Chong Wei kini berdepan dengan dilema apabila bukan sahaja kehilangan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek malah tidak akan mendapat motivasi pakar psikologinya Federick Tan.

Federick yang membantu mempersiapkan pemain nombor satu dunia itu dari segi mental sejak tiga tahun lalu, kini telah meninggalkan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai Majlis Sukan Pulau Pinang (PSC).

Federick anak kelahiran Kuching, Sarawak, kini memulakan tugas baru sebagai Pengarah PSC berkuat kuasa 1 Jan lalu.

Keadaan ini menyebabkan Chong Wei atau MSN terpaksa mencari pakar psikologi yang baru untuk mempersiapkan pemain itu menghadapi Sukan Olimpik London 2012.

Pengarah Bahagian Atlet Elit MSN, Ariffin Ghani hari ini mengesahkan bahawa mereka sedang mencari pengganti Frederick. - Bernama

Kredit : http://www.utusan.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))