Calon PLKN ingkar bakal dihukum khidmat masyarakat

January 7, 2011

SEPANG, 7 Jan. - Kira-kira 9,000 calon yang gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ia dilaksana pada 2003 bakal menghadapi kemungkinan dikenakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sehingga 240 jam.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, pelaksanaan hukuman itu pada tahun ini selaras dengan pindaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 yang mula dikuatkuasa November 2009.

"Kita dah ubah akta, mereka ini tak didenda lagi tapi mereka dikenakan hukuman khidmat masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kem PLKN Princess Haliza, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Sebelum pindaan itu, calon yang ingkar mengikuti kursus itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Kredit : http://www.utusan.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))