MELANGSUNGKAN perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli kini melalui perjalanan hidup sebagai suri di hati suaminya, Kamarul Zariman Abd. Rahman atau dikenali dengan panggilan Boy.
Lebih tiga tahun menyemai cinta, kini segalanya sudah berubah bagi Bienda dan Boy lantaran tanggungjawab yang dipikul oleh keduanya selaku isteri dan suami.
Bagi anak kepada penyanyi dangdut terkenal, Sheeda itu, kesibukannya sebagai anak seni, tidak membataskannya untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri.
"Memang terdapat perubahan dalam hidup saya selepas berkahwin dan tanggungjawab sekarang lebih besar. Rutin harian kini juga tidak seperti hidup pada zaman bujang.
"Sebagai isteri, saya perlu bangun awal dan sediakan sarapan pagi untuk suami sebelum pergi bekerja. Saya akan masak sendiri dan dia tidak cerewet soal makanan," ujarnya.
Selain kesibukan kariernya sebagai penyanyi, pelakon dan terkini, isteri, Bienda aktif mengisi masa lapangnya bersenam di gim dalam mengamalkan gaya hidup sihat.
"Bersenam di gimnasium merupakan riadah yang sihat dan cara terbaik mencegah penyakit berhubung fizikal.
"Selepas ke gim, saya rasa bertambah cergas dan mempunyai stamina yang tinggi," ujarnya yang sedang mengisi ruang tontonan umum menerusi slot Lagenda, Sakti Delima di TV3.
Drama 20 episod hasil sentuhan kreatif pengarah Jinggo dan diterbitkan oleh JS Pictures itu turut diperkuatkan oleh Iqram Dizzly, Sheila Rusly, Safura, Engku Ismail, Catriona Ross dan Liza Hanim.
Kredit : http://www.kosmo.com.my/
0 comments:
Post a Comment