KEGAGALAN Firman Utina dalam memanfaatkan sepakan penalti masih meninggalkan teka-teki.
Beberapa pihak menilai kapten pasukan kebangsaan Indonesia itu berdepan dengan tekanan sehingga gagal melaksanakan peluang terhidang itu ketika bertemu Malaysia di final kedua Piala AFF di Stadium Utama Gelora Bung Karno, malam kelmarin.
Firman bagaimanapun menafikan berdepan tekanan sehingga gagal menyempurnakan sepakan itu.
“Soal penalti, saya tidak ada tekanan sama sekali. Saya sendiri yang mengambil keputusan mengambil sepakan itu. Kalau memang gagal, ya itulah bola sepak,” katanya Firman.
Kegagalan Firman memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-18 itu menjejaskan peluang Indonesia untuk mendahului. Tendangan penaltinya dapat diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat, yang cemerlang apabila Firman menyepak lemah ke kiri penjaga gawang Malaysia itu.
Firman kemudian digantikan Eka Ramdani selepas Indonesia ketinggalan 0-1 hasil jaringan Mohd Safee Sali pada minit ke-53. Meskipun sedih kerana gagal membawa Indonesia muncul juara, Firman sekurang-kurangnya berasa lega apabila dipilih sebagai Pemain Paling Berharga untuk kejohanan itu.
Dia sendiri mengaku terkejut menerima penghargaan itu.
Kredit : http://www.hmetro.com.my/
0 comments:
Post a Comment