Shahril sasar raih pelbagai kejuaraan peringkat antarabangsa
"SAYA mahu jadi seperti Sapok Biki dan Prince Naseem Hamed." Itulah azam peninju muda dari Selangor, Mohd Shahril Razni yang mahu berjaya dan mengikuti jejak langkah dua jaguh sukan tinju itu merangkul pelbagai kejuaraan di peringkat antarabangsa.
Sapok, peninju kelahiran Sarawak berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, manakala Prince Naseem peninju Britain kelahiran Yaman, bekas juara kategori featherweight WBO (Organisasi Tinju Dunia).
Mohd Shahril yang pernah menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) di Kedah, Terengganu dan Melaka, cukup kagum dengan kehebatan dua peninju itu.
Sapok Biki dan Prince Naseem adalah idola saya. Mereka mempunyai kehebatan tersendiri... teknik mereka cukup mengagumkan dan kerana itulah mereka bergelar juara dengan menumbangkan peninju sama hebat atau mungkin lebih hebat.
"Saya berazam mahu menjadi seperti mereka. Mungkin sekarang agak sukar tetapi saya percaya dengan usaha gigih, saya mampu untuk mencapai cita-cita saya itu," katanya yang mewakili Pulau Pinang pada Kejohanan Pesta Tinju Antarabangsa Pulau Pinang (FESKOM) 2010 di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang.
Pada edisi kali ini, Mohd Sharil menyertai kategori 49 kilogram (kg) dan berjaya mara ke final dan bertemu rakan sepelatihnya dari Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Banting, Selangor, S Jayaraman.
Sepanjang beraksi pada FESKOM 2010, anak didik kepada Flight Sarjan Udara Ismail Salleh dan Mohd Nizam Zakaria itu berjaya menunjukkan prestasi cemerlang termasuk menumbangkan peninju luar negara seperti Narathip Buasawang dari Trang, Thailand pada peringkat separuh akhir.
Dalam perlawanan separuh akhir, kelmarin, Mohd Sharil berjaya menguasai perlawanan sejak pusingan pertama sehingga ketiga dan menang dengan kiraan mata 10-1.
BIODATA: Mohd Shahril Razni
Asal: Sabak Bernam, Selangor
Umur: 22 tahun
Tarikh Lahir: 24 Ogos 1988
Tempat Bertugas: Cawangan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Banting, Selangor
Mula menceburi bidang tinju: 2003
Peninju diminati: Sapok Biki dan Prince Naseem Hamed
Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:
Post a Comment