Pas tidak letak harapan tinggi

December 31, 2010
KOTA BHARU - Pas Kelantan tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari depan.


Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, ini kerana kawasan berkenaan terletak dalam kubu kuat UMNO dan isu-isu tempatan yang berkaitan dengan rancangan tanah Felda.

“Bagaimanapun, Pas akan tetap memberi tentangan dan saingan hebat kepada parti penyandang walaupun mungkin menghadapi kekalahan pada pilihan raya itu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai harapan Pas Kelantan di DUN berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Kursus Peningkatan Profesionalisme Perguruan Yayasan Islam Kelantan (YIK) 2010 semalam.

Mohd Amar berkata, pilihan raya kecil itu tidaklah menjadi ukuran kepada Barisan Nasional (BN) untuk meramalkan parti tersebut akan mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan

Dakwah Negeri berkata, pilihan raya kecil hanya boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki segala kelemahan parti bagi menghadapi pilihan raya yang lebih besar pada masa akan datang.

“Saya juga tidak yakin, pucuk pimpinan kerajaan Pusat akan menjadikan keputusan pilihan raya itu sebagai titik tolak untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal,” katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada (BN), akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis, 17 Disember lalu.

Susulan daripada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan kecil DUN berkenaan pada 22 Januari dan jika ada pertandingan, pengundian akan diadakan 30 Januari depan.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))