Katrina kembali kepada Salman

December 31, 2010
Aktres rai Tahun Baru bersama kekasih, keluarga

MUMBAI: Khabar angin bertiup kencang di Bollywood, menyatakan bahawa aktres seksi Katrina Kaif sudah kembali semula ke pangkuan bekas kekasihnya yang juga pelakon terkenal, Salman Khan.

Malah, Katrina dikatakan bercadang terbang ke Dubai untuk menyambut kedatangan tahun baru 2011 bersama Salman dan keluarganya.


“Katrina kembali intim dengan Salman dan keluarga aktor itu sejak akhir-akhir ini.
Dia dilihat hadir pada rancangan televisyen popular Tees Maar Khan dan menemui Salman sebelum pelakon itu berlepas ke Dubai bagi meraikan hari lahirnya bersama 40 rakan dan anggota keluarga mereka,” kata sumber yang dipetik akhbar Times of India.

Sumber itu menyatakan Salman akan kembali ke Mumbai pada pagi ini, (31 Disember) bagi menjalani rakaman penggambaran bagi rancangan televisyen popular Bigg Boss, sebelum kembali semula ke Dubai untuk menyambut kedatangan 2011.

Katrina juga dilaporkan akan berlepas ke Dubai esok untuk bersama ibu bapa Salman, Salim dan Salma, ibu tirinya Helen, abang Salman, Arbaaz dan Sohail, juga saudara perempuan mereka Alvira dan Arpita. Dia juga mungkin terbang bersama Salman, bergantung kepada jadual penggambaran filemnya bersama syarikat perfileman Yash-Raj (YRF).

Bagaimanapun, sumber itu juga berkata, aktres terbabit mahu merahsiakan kunjungannya ke Dubai. Tahun lalu, dia melawat Ranbir Kapoor di New York ketika pelakon itu menjalani penggambaran filem Anjaana Anjaani.
“Katrina ingin kembali ke dalam lingkungan keluarga Salman semula, tetapi dia tidak mahu media mengetahuinya,” kata sumber itu lagi.

Minggu lalu, Katrina dikatakan amat kecewa apabila media berjaya merakamkan pertemuannya dengan Salman untuk mengucapkan selamat hari lahir di rumah pelakon itu di Bandra.

“Katrina masih mahu menguji sejauh mana hubungannya dengan Salman,” kata sumber itu.

Namun, ada juga laporan memetik aktres itu sebagai menafikan dia merancang untuk ke Dubai bagi menyambut Tahun Baru.

“Saya akan menjalani penggambaran Mere Brother Ki Dulhan dengan YRF hingga 31 Januari. Jika cuaca mengizinkan, saya mungkin ke London sehari,” katanya. – Agensi

Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))