LOS ANGELES: Peguam bela doktor yang dituduh menyebabkan kematian penyanyi pop terkenal Michael Jackson, mungkin mendakwa bahawa penyanyi itu membunuh diri apabila perbicaraan bermula minggu depan, kata pegawai pendakwa, semalam.
Dalam sidang mahkamah bagi membincangkan bukti kes membabitkan Dr Conrad Murray, Timbalan Pendakwa Daerah Los Angeles, David Walgren berkata, dakwaan ini hampir pasti dinyatakan peguam bela untuk mengukuhkan teori bunuh diri itu yang memang sudah menjadi perbualan sejak sekian lama.
Di luar mahkamah, peguam Murray, J Michael Flanagan enggan memberi ulasan terhadap kenyataan Walgren.
“Saya tidak akan memberi ulasan kepada kenyataan itu tetapi nampaknya ia adalah pandangan Walgren sendiri,” katanya kepada wartawan.
Walgren bercakap pada sesi keterangan untuk membolehkan hakim membenarkan peguam bela Murray menguji sisa jarum suntikan dan tiub digunakan untuk menyuntik dadah kepada Jackson. – Reuter
Kredit : http://www.bharian.com.my/
0 comments:
Post a Comment