FLORIDA: Penyanyi Justin Bieber kerap membantah gosip mengenai hubungannya dengan aktres Selena Gomez. Bagaimanapun, baru-baru ini kedua-dua remaja itu dikhabarkan menghabiskan masa sepanjang malam bersama-sama di sebuah hotel di Miami, Florida di Amerika Syarikat.
Sebagaimana dilaporkan majalah Life and Style, Bieber dan Selena menginap di hotel mewah Gansevoort. Menurut sumber, penyanyi lagu hit ‘Baby’ itu meminta bilik untuk dua orang.
Rahsia Bieber dan Selena terbongkar apabila kedua-duanya terkunci dalam bilik mewah dihuni mereka. Selena dikatakan turut menyertai konsert Bieber di Arena American Airlines.
Hubungan akrab dua artis itu mula dihidu media ketika Selena yang terkenal melalui siri Disney ‘Wizards of Waverly Place’ memeluk Bieber selepas konsert selesai. Namun, kedua-duanya belum mengesahkan mengenai gosip yang digembar-gemburkan media itu.
Sebelum ini, Selena membantah apabila dia dikatakan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi berusia 16 tahun itu. Dalam sebuah program wawancara, Selena mengatakan Bieber dianggap seeprti adik sendiri. - Agensi
Kredit : http://www.hmetro.com.my/
0 comments:
Post a Comment