LANGKAWI - Kebakaran di perkampungan nelayan Bukit Malut, Ulu Melaka, di sini, semalam meninggalkan kenangan pilu buat penduduk Langkawi sebelum tirai 2010 berlabuh.
Kemusnahan 59 rumah nelayan di perkampungan itu menjadi tragedi kedua tahun ini selepas 12 kedai sederet di Kelibang, Kuah, terbakar Syawal lalu.
Seramai 260 penduduk tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian kali ketiga seumpamanya di kawasan itu, selepas yang pertama dan kedua pada 2006 dan 2007.
Pada kejadian jam 11.40 malam semalam, api kelihatan menjulang setinggi 50 meter ke udara dengan bahang kepanasan yang boleh dirasai kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
Ketika kehadiran Sinar Harian, kelihatan beberapa penduduk lari menyelamatkan diri dan perkakas rumah.
Turut kedengaran juga jeritan meminta tolong, tangisan bayi serta laungan ‘Allahuakbar’ daripada murid Madrasah Tahfiz Al Quran Jabar Malut.
Lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Persiaran Putra dan Jalan Ayer Hangat tiba dengan 40 anggota. Seramai 30 anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta Rela juga bergegas ke tempat kejadian.
Ketua Polis daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan berkata, sehingga jam 1.20 pagi, sebanyak 70 buah rumah dipercayai musnah, tetapi tiada kehilangan nyawa.
Menurutnya, kejadian keseluruhan masih dalam siasatan dan ada kemungkinan, kebakaran itu berpunca daripada masalah elektrik.
“Kami mengarahkan 30 anggota bertugas bagi mengawal keselamatan seperti kejadian jenayah mencuri dan ragut.
“Kebakaran dilihat sukar dikawal kerana faktor angin kencang dan perumahan yang terlalu rapat antara satu dengan yang lain,” katanya ketika ditemui.
Hadir di tempat kejadian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Langkawi, Norsaidi Nayan; Ketua PKR Cabang Langkawi, Wan Salleh Wan Isa dan Yang Dipertua Pas Langkawi, Zubir Ahmad.:
Dalam suasana cemas itu juga, beberapa penduduk kampung kelihatan membantu anggota bomba memadamkan api dan memindahkan mangsa ke kawasan selamat.
Tatkala sisa asap masih kelihatan, puluhan penduduk mendaftar di khemah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis dan JPAM.
Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:
Post a Comment