Ferguson masih terkejut

October 25, 2011
LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin skuad kendali- annya akan kembali bangkit selepas menerima tamparan hebat tewas 1-6 di tangan Manchester City dalam saingan Liga Perdana England kelmarin.


Lebih memalukan, kekalahan tersebut berlaku di hadapan ribuan penyokong skuad The Red Devils di Old Trafford.


Bagi City pula, ia merupakan kemena- ngan terbesar mereka ke atas United sejak Januari 1926.

Pada aksi tersebut, bintang muda Itali, Mario Balotelli dan penyerang Bosnia- Herzegovina, Edin Dzenko masing-masing meledak dua gol buat City, mana- kala Segio Aguero dan David Silva menjaringkan satu gol.

Gol saguhati United pula hadir mene- rusi jaringan yang dilakukan Darren Fletcher.

Sebagai rekod, ia merupakan kekala- han terbesar yang dialami Ferguson sepanjang kariernya bergelar pengurus serta pemain dan terburuk buat United dalam saingan Liga Perdana England.

Bagaimanapun, Ferguson yang menganggap layangan kad merah yang diterima tonggak pertahanan, Jonny Evans pada minit ke-47 sebagai punca kekalahan, percaya anak-anak buahnya akan kembali bangkit menjelang pertemuan menentang Aldershot Town dalam saingan Piala Liga awal pagi Rabu ini.

"Saya masih dalam keadaan terkejut dan saya masih belum boleh memperca- yainya. Ia merupakan kekecewaan yang sukar untuk digambarkan kerana kami beraksi dengan baik pada 10 minit pertama perlawanan.

"Saya sungguh tidak percaya apabila kami ketinggalan 0-1. Ketiadaan Evans yang diperintahkan keluar padang adalah punca kepada kekalahan dalam perlawanan ini.

"Namun ketika itu, kami masih belum menyerah kalah dan kami terus melan- carkan serangan. Sepatutnya kami menamatkan perlawanan dengan kekalahan 1-3, 1-4 sahaja tetapi City berjaya menjaringkan lagi gol pada lewat babak perlawanan.

"Apa jua yang berlaku, kami perlu akur dengan kekalahan ini tetapi dalam seja- rah United mengatakan bahawa kami akan kembali bangkit," kata Ferguson.

Bukan sahaja mengalami kekalahan memalukan, malah hasrat skuad The Red Devils untuk merampas kembali kedudu- kan selaku pendahulu liga juga tidak ke- sampaian.

Ketika ini, City selesa menerajui takhta liga dengan mengumpul 25 mata, lima mata meninggalkan United di tangga kedua. - AFP

Kredit : http://www.kosmo.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))