RIO DE JANEIRO 7 Jan. – Ronaldinho akan kembali ke Brazil untuk meneruskan karier bola sepaknya selepas mencapai persetujuan memendekkan kontrak dengan kelab Itali, AC Milan.
Bekas pemain terbaik dunia berusia 30 tahun itu yang sebelum ini menyatakan kekecewaannya di Milan, mendakwa kelab San Siro itu cuba memaksanya berpindah ke Gremio.
“Saya tidak perlu dilelong. Ikutkan hati saya mahu menyarung jersi Gremio walaupun terpaksa rugi sedikit,” kata Ronaldinho kepada laman web Globoesporte.
“Masalahnya tiada sebarang tawaran dibuat untuk saya tetapi Milan menuntutnya.”
Bekas pemain depan Barcelona danParis Saint Germain itu merancang sama ada menyertai Gremio atau Flamengo, menurut laporan media Brazil.
Sebelum ini, Ronaldinho dikaitkan dengan perpindahannya ke kelab Liga Perdana England, Blackburn. - AFP
Kredit : http://www.utusan.com.my/
0 comments:
Post a Comment