Warga emas ditahan disyaki rogol cucu

January 8, 2011
KUCHING 8 Jan. – Gara-gara menjadikan darah daging sendiri sebagai pemuas nafsu, seorang warga emas ditahan polis kerana disyaki merogol seorang cucunya yang berusia 16 tahun.

Lelaki berusia 64 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk sejak mangsa berusia 10 tahun. Dia ditahan di rumahnya di Kampung Sungai Bedil, di sini, petang semalam.

Turut ditahan, bapa saudara mangsa yang berusia 36 tahun kerana dikatakan turut bersubahat merogol mangsa. – Utusan

Kredit : http://www.utusan.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))