Nik Aziz sahkan bertemu PM, TPM 24 Disember

January 4, 2011

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, mengesahkan bahawa beliau ada menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Istana Terengganu, Kuala Lumpur, 24 Disember lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan intipati pertemuan berkenaan kerana pertemuan itu diadakan secara tertutup dan menganggap tidak harus diberitahu kepada orang ramai.
"Saya tidak boleh sebut (apa dibincangkan) kerana perjumpaan ini (dengan Najib dan Muhyiddin) diadakan secara tertutup. Ada peraturannya bila jumpa dengan orang besar (pemimpin negara).
"Kalau jumpa cara tertutup macam mana saya hendak hebahkan kepada orang ramai," katanya pada majlis meraikan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, di sini, semalam.

Ditanya sama ada wujud perkara khusus yang dibincangkan pada pertemuan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar berkata, sudah tentu ada isu yang akan diperbualkan apabila bertemu dengan pemimpin berkenaan.

Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))