Luahan hati belia Gaza di Facebook

January 4, 2011

GAZA - Sekumpulan mahasiswa dan golongan belia di Gaza mengejutkan dunia politik dengan manife:sto yang melahirkan rasa kecewa terhadap rejim Zionis dan pejuang Hamas.

Seramai lapan orang mahasiswa daripada kumpulan aktivis siber menghasilkan 'Manifesto Belia Gaza untuk Perubahan' yang dilancarkan dalam laman sesawang :Facebook:, bulan lalu.

Melalui dokumen itu, belia di Gaza mengumumkan sudah bosan dengan Israel, pejuang Hamas, pencabulan hak asasi manusia dan sikap tidak ambil peduli masyarakat antarabangsa.

'Kami mahu bebas, kami mahu menikmati hidup seperti orang lain dan kami mahukan keamanan. Adakah permintaan itu terlalu sukar?" menurut kumpulan itu.

Dokumen itu turut menggambarkan penindasan dalam kehidupan seharian di Gaza yang disekat dari dunia luar oleh rejim Zionis dengan bantuan Mesir, sejak 2006.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))