Kos percutian Obama RM4.7j

January 1, 2011
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membelanjakan sebanyak AS$1.5 juta (RM4.65 juta) untuk bercuti di Hawaii.


Perbelanjaan itu dianggap terlalu besar ketika kebanyakan warga Amerika masih bergelut untuk meneruskan hidup akibat kejatuhan ekonomi negara itu.

Obama semalam melanjutkan percutian di Oahu hingga Isnin depan berikutan cuaca sejuk di Washington.

Beliau sepatutnya berjimat-cermat dalam percutian dua minggu bersama isteri dan dua anaknya di mana mereka menginap di rumah rehat mewah yang menghadap pantai di Kailua, sebuah pusat peranginan terkemuka kira-kira 19.2 kilometer dari Honolulu.

Menurut satu sumber jumlah perbelanjaan untuk percutian itu termasuk:

# AS$63,000 (RM195,300) untuk penerbangan awal bagi Michelle dan dua anak mereka ke Hawaii.

# AS$1 juta (RM3.1 juta) untuk perjalanan pergi dan balik Obama dari Washington dengan Air Force One.

# AS$38,000 (RM117,800) untuk ‘Rumah Putih Musim Sejuk’ apabila Obama menyewa sebuah penginapan berhampiran pantai.

# AS$16,000 (RM49,600) untuk menyewa penginapan menghadap pantai untuk ejen perisikan dan komando marin.

# AS$134,000 (RM415,400) untuk 24 kakitangan Rumah Putih menginap di Hotel Moana.

# AS$251,000 (RM778,100) untuk bayar tugas lebih masa anggota polis.

# AS$10,000 (RM31,000) untuk khidmat 24 jam ambulans.

Perbelanjaan yang dicatakan itu tidak termasuk kos perjalanan kakitangan Obama dan ejen perisikan, sewa kereta dan operasi pengawasan untuk percutian itu yang secara kasar mungkin mencecah kira-kira AS$46,578 (RM1.4 juta).

Rumah Putih tidak memberi sebarang ulasan mengenai kos percutian itu.

Seorang jurucakap berkata, jumlah kos perbelanjaan untuk percutian Obama sama dengan presiden Amerika Syarikat lain sebelum ini.

Bagaimanapun, sumber berkata: “Obama sepatutnya memilih untuk menginap di tempat yang lebih murah dan selamat seperti rumah rehat menghadap pantai di Kaneohe., kira-kira dua minit perjalanan dengan kereta dari tempat yang mereka menginap ketika ini.” - Agensi

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))