GEMAS: Menyayat hati apabila seorang ibu kepada tujuh anak terbunuh dalam keadaan tragis apabila kepalanya pecah akibat digilis sebuah lori yang dipercayai bergesel dengan motosikal dinaikinya dalam kemalangan di Kilometer 1, Jalan Tampin-Gemas berdekatan Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Lebih memilukan kemalangan ngeri itu turut menyebabkan bayi lelaki berusia tujuh bulan yang dibawanya, cedera parah. Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa,
Zuraidah Ahmad, 36, dan bayinya, Nur Khairil Shah Adnan, menaiki sebuah motosikal ditunggang anak perempuannya berusia 15 tahun dalam perjalanan dari Felda Sungai Kelamah menuju ke arah pekan Gemas.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, tiba di tempat kejadian, motosikal berkenaan dikatakan cuba mengelak sebuah lubang di bahu jalan dan pada masa sama, sebuah lori dari belakang, cuba memotong motosikal mangsa, namun berlaku pergeseran menyebabkan tiga beranak itu terjatuh ke atas jalan.
“Lori berkenaan menggilis kepala mangsa. Bayi lelaki cedera di kepala manakala penunggang motosikal yang juga anak mangsa hanya cedera ringan,” katanya.
Menurut Wooi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin (HT) untuk bedah siasat manakala bayi berkenaan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan lanjut. Beliau berkata, pemandu lori berkenaan sudah ditahan bagi membantu siasatan.
Suami mangsa, Adnan Ahmad , 37, ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat HT, berkata, kali terakhir dia melihat isteri ketika keluar bekerja sebagai penyembelih ayam kira-kira jam 4.45 pagi.
“Saya amat terkejut apabila dimaklumkan seorang rakan mengenai kejadian itu dan bergegas ke tempat kejadian. Saya hampir pengsan dan hilang akal apabila melihat kepala serta topi keledar dipakai isteri berkecai,” katanya.
Menurutnya, isterinya beria-ia mengajaknya keluar membeli pakaian seragam tadika untuk anak lelakinya, Nur Irwan Shah, 4, petang kelmarin.
“Dia kelihatan ceria kerana terlalu ingin melihat Nur Irwan kelihatan lebih sempurna. Namun, saya tidak menyangka dia akan meninggalkannya kami buat selama-lamanya,” katanya.
Jenazah mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Islam Felda Sungai Kelamah petang semalam.
Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:
Post a Comment