Jangkitan selesema babi semakin serius di Britain

January 1, 2011
LONDON: Angka kematian akibat wabak selesema babi di Britain meningkat kepada 36 orang selepas tiga orang lagi meninggal dunia malam tadi berpunca daripada satu lagi virus selesema dikenali ‘Jenis B.’


Akhbar The Sun melaporkan, perangkaan terbaru menunjukkan seramai 12 orang rakyat Britain meninggal dunia minggu lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 39 orang sejak Oktober.

“Pakar kesihatan bimbang jumlah kanak-kanak yang dijangkiti selesema babi akan meningkat dengan mendadak apabila mereka kembali ke sekolah minggu depan. “Oleh itu, mereka menggesa golongan berisiko tinggi termasuk wanita hamil agar mengambil suntikan pencegahan,” lapor akhbar berkenaan.

Laporan kematian terbaru diperoleh selepas doktor di klinik tempatan melaporkan peningkatan penyakit selesema minggu lalu sebanyak 40 peratus, menyusuli kematian menyayat hati Sarah Bowden, seorang ibu yang baru melahirkan anak sebelum dijangkiti selesema babi.

Pihak berkuasa mengesahkan, 738 orang di seluruh Britain berada dalam keadaan tenat ketika rawatan diberi di hospital. Bilangan yang disyaki atau disahkan menghidap selesema adalah 460, 42 daripadanya adalah kanak-kanak di bawah usia lima tahun.

Setiausaha Kesihatan Britain, Andrew David Lansley menegaskan bahawa Perkhidmatan Kesihatan kebangsaan (NHS) dapat ‘menangani dengan baik sekali’ penyebaran wabak terbabit, manakala iklan televisyen dan kempen akan dilancarkan esok. – Agensi

Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))