Corakkan masa depan lebih baik

January 1, 2011

KUALA LUMPUR - Rakyat negara ini diajak untuk mencorakkan masa depan yang lebih baik demi generasi akan datang serta meletakkan negara di kedudukan sepatutnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam hal ini tanpa sokongan padu rakyat, segala yang dirancang dan mahu dilaksanakan kerajaan tidak akan menemui kejayaan.

"Janganlah kita hanya berpuas hati dan hanya berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian. Marilah kita corakkan masa depan generasi hari muka kepada yang lebih baik daripada masa kini.

"Kuasa membentuk adalah di tangan rakyat. Tunaikanlah tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya," katanya dalam perutusan Tahun Baru 2011 di sini semalam.

Najib turut mengingatkan generasi kini agar tidak mempertaruhkan nasib generasi akan datang dengan membuat keputusan salah.

Kredit : http://www.kosmo.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))