Beckham digelar ‘khinzir’

January 4, 2011

AMERIKA SYARIKAT: David Beckham (gambar) digelar ‘khinzir’ oleh peminat kelab LA Galaxy selepas pemain itu menyatakan hasrat untuk menyertai kelab Inggeris, Tottenham Hotspurs.

Penyokong Furious LA Galaxy mendakwa pemain tengah itu sengaja mahu meninggalkan kelab itu sekali lagi dengan alasan mahu beraksi di Liga Inggeris sebagai pemain pinjaman.

Seorang daripada penyokong kelab itu meluahkan perasaan marahnya dalam satu forum dengan berkata: “Bagaimana khinzir yang ego itu hanya bermain separuh perlawanan untuk tempoh satu musim di Galaxy? Bukankah lebih baik dia sekurang-kurangnya beraksi sekali lagi ketika masih berada dalam kontraknya? “Bagaimana pula dengan komitmennya kepada kelab ini seperti yang pernah dikatakannya? “Dan bagaimana pula tiada seorangpun di dalam Galaxy yang berani menghalangnya dan berkata ‘tidak’ kerana anda masih berada di dalam kontrak.” Becks, 36, Mei lalu hanya membuat 55 penampilan sepanjang empat musim di negara itu.

Kali terakhir dia beraksi sebagai pemain pinjaman adalah ketika bersama AC Milan dan menamatkan pinjaman itu kerana kecederaan Achilles yang menyaksikannya terpaksa berehat selama enam bulan.

Galaxy berkata: “Ketua jurulatih Bruce Arena berpendapat pinjaman itu tidak baik untuk kelab dan David sendiri.” - Agensi

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))